Saturday, December 21, 2013

Mimpi!

Mimpi atau dalam bahasa Inggerisnya dreams pasti sinonim dgn nama blog ni. Saya menyukai seorang gadis ini sejak pertama kali bersua mata jatuh cinta pandang pertama 10 tahun yang lalu. Kelmarin saya termimpikan dia. Mimpi keluar berdating bersama. Semalam saya bermimpi dipatuk ular. Apakah rasionalnya perkara ini terjadi? Saya mmg tidak pernah jatuh hati pada mana2 gadis selain dia. Saya tidak pernah boleh melupakannya. Biarlah jika dia tidak suka
pada saya sekalipun tetapi saya nak dia tahu bahawa saya tidak pernah putus asa menyintai dirinya. Hanya aku cinta kau seorang. Saya selalu fikir bersendirian kenapa saya tidak boleh lupakan dia. Kenapa saya tidak boleh mencintai orang lain. Kenapa saya mesti mencintai dia. Satu hari saya akan berterus terang pada dia. Saya tidak pernah untuk memaksa dia menyintai saya. Cukuplah dia tahu perasaan ini pada dia. Terpulanglah pada
dia hendak terima atau tidak. I love you so much.

Wednesday, December 11, 2013

Huruf C yang sangat besar nilainya.

Huruf C? apa ada dengan huruf C? mengapa C? oh Cinta. kenapa dijadikan cinta. dan kenapa aku boleh jatuh cinta.segalanya bermula pada 10 tahun yang lalu. di mana aku mulai jatuh cinta padanya saat pertama kali bertentang mata. aku tidak pernah sesekali menyatakan cintaku padanya. tetapi aku hanya berkongsi cerita cintaku bersama kawan-kawanku. hingga singgah ke telinga dia berita ini tersebar. dia tahu aku cinta padanya. dia sendiri beritahu pada rakannya. aku pemalu pengecut dalam menyatakan cintaku. aku menyerahkan segalanya pada takdir dan selalu berdoa andai dia jodohku maka Allah pasti akan jodohkan aku dan dia. bak kata pepatah kalau dah jodoh takkan kemana. aku sendiri tak percaya pada pepatah ini. tetapi pada hari ini aku seperti tergamam. saat pertama kali bertentang mata dengannya. 5 tahun kami sekolah bersama. dia menyambung ijazah di negeri yang sama aku menyambung diploma. kemudian aku menyambung ijazah di wilayah. dia pon dapat kerja di wilayah. ya Allah sungguh kecil dunia ini. ingin ku menjauh semakin dekat dia denganku. andai inilah jodohku ya Allah permudahkanlah. aku sangat tidak faham kenapa aku tidak boleh melupakannya langsung. dialah wanita pertama yang aku pernah keluar berdua ke shopping complex suatu ketika dahulu. tidak pernah ada lagi seumpamanya sebelum itu mahupun selepas itu. blog ini sudah 2 tahun tidak ku usik. tapi kerana dia dan tiada tempat untuk kuluahkan rasa yang terpendam ini maka lahirlah post ini setelah dua tahun menyepi. awak terimalah sebuah sajak daripada saya.



kau yang satu tiada yang lain
kau yang ku sayang dan ku rindu
bila berdepanmu lidah ku terkelu
aku tidak pernah merasa begini tidak keruan
hanya kau yang bisa buat aku jadi begitu
tanpamu di sisi membuatku hilang arah
tidak boleh ku bayang hidupku tanpamu
aku menyayangimu sepenuh hatiku
tolonglah menerimaku seadanya sayangku.

Monday, March 22, 2010

Kucar-Kacir


Kucar-kacir menjadi penanda aras kepada sesuatu keadaan di mana berlaku sesuatu yang peristiwa bersejarah lampau.Kucar-kacir hidupku kerana kepengurusan masa yang tidak begitu mengikut sistematik pneumatik mahupun hidraulik.Dengan pelbagai dugaan dan cabaran merintangi kemampuan dicampur dengan benih-benih kemalasan meruntum jiwa haloba.

Oh tidak!!!Sampai bila hendak begini di takuk ketentangan kelamaan menjadi haru-biru-hijau-kelabu sehingga diri tidak dapat menakluki minda ketiga ini.Azam,angan-angan,imaginasi,khayalan dan impian mahukan sehebat-hebat keadaan tetapi keusahaan tidak selari dengan keunjuran pengimpianan harapan palsukan.


Kekuatan diri,jiwa,rohani,spiritual dan mental perlu sejajar dalam mencapai satu konklusi kejayaan hakiki didamba selama ini.Berakit-rakit ke hulu,berenang-berenang ke tepian,bersulit-sulit dahulu,begelinang-linang kemudian.

Daripada azali sehingga ke hari ini masih dengan propaganda semasa yang sentiasa menukar-tertib mengikut peredaran zaman.Perlu diingat peluang hanya dtg sekali tetapi bila peluang kedua muncul rebutlah ia sepertimana merebut gelaran johan pertandingan paintball deadmatch.Segera dahulu berundur demi kesuntukan masa duniawi.

Segala silat-sulit harap termaafi.Bilakah matahari hendak memberi kata-kata semangat padaku??