Monday, March 22, 2010

Kucar-Kacir


Kucar-kacir menjadi penanda aras kepada sesuatu keadaan di mana berlaku sesuatu yang peristiwa bersejarah lampau.Kucar-kacir hidupku kerana kepengurusan masa yang tidak begitu mengikut sistematik pneumatik mahupun hidraulik.Dengan pelbagai dugaan dan cabaran merintangi kemampuan dicampur dengan benih-benih kemalasan meruntum jiwa haloba.

Oh tidak!!!Sampai bila hendak begini di takuk ketentangan kelamaan menjadi haru-biru-hijau-kelabu sehingga diri tidak dapat menakluki minda ketiga ini.Azam,angan-angan,imaginasi,khayalan dan impian mahukan sehebat-hebat keadaan tetapi keusahaan tidak selari dengan keunjuran pengimpianan harapan palsukan.


Kekuatan diri,jiwa,rohani,spiritual dan mental perlu sejajar dalam mencapai satu konklusi kejayaan hakiki didamba selama ini.Berakit-rakit ke hulu,berenang-berenang ke tepian,bersulit-sulit dahulu,begelinang-linang kemudian.

Daripada azali sehingga ke hari ini masih dengan propaganda semasa yang sentiasa menukar-tertib mengikut peredaran zaman.Perlu diingat peluang hanya dtg sekali tetapi bila peluang kedua muncul rebutlah ia sepertimana merebut gelaran johan pertandingan paintball deadmatch.Segera dahulu berundur demi kesuntukan masa duniawi.

Segala silat-sulit harap termaafi.Bilakah matahari hendak memberi kata-kata semangat padaku??

No comments: