Wednesday, December 11, 2013

Huruf C yang sangat besar nilainya.

Huruf C? apa ada dengan huruf C? mengapa C? oh Cinta. kenapa dijadikan cinta. dan kenapa aku boleh jatuh cinta.segalanya bermula pada 10 tahun yang lalu. di mana aku mulai jatuh cinta padanya saat pertama kali bertentang mata. aku tidak pernah sesekali menyatakan cintaku padanya. tetapi aku hanya berkongsi cerita cintaku bersama kawan-kawanku. hingga singgah ke telinga dia berita ini tersebar. dia tahu aku cinta padanya. dia sendiri beritahu pada rakannya. aku pemalu pengecut dalam menyatakan cintaku. aku menyerahkan segalanya pada takdir dan selalu berdoa andai dia jodohku maka Allah pasti akan jodohkan aku dan dia. bak kata pepatah kalau dah jodoh takkan kemana. aku sendiri tak percaya pada pepatah ini. tetapi pada hari ini aku seperti tergamam. saat pertama kali bertentang mata dengannya. 5 tahun kami sekolah bersama. dia menyambung ijazah di negeri yang sama aku menyambung diploma. kemudian aku menyambung ijazah di wilayah. dia pon dapat kerja di wilayah. ya Allah sungguh kecil dunia ini. ingin ku menjauh semakin dekat dia denganku. andai inilah jodohku ya Allah permudahkanlah. aku sangat tidak faham kenapa aku tidak boleh melupakannya langsung. dialah wanita pertama yang aku pernah keluar berdua ke shopping complex suatu ketika dahulu. tidak pernah ada lagi seumpamanya sebelum itu mahupun selepas itu. blog ini sudah 2 tahun tidak ku usik. tapi kerana dia dan tiada tempat untuk kuluahkan rasa yang terpendam ini maka lahirlah post ini setelah dua tahun menyepi. awak terimalah sebuah sajak daripada saya.



kau yang satu tiada yang lain
kau yang ku sayang dan ku rindu
bila berdepanmu lidah ku terkelu
aku tidak pernah merasa begini tidak keruan
hanya kau yang bisa buat aku jadi begitu
tanpamu di sisi membuatku hilang arah
tidak boleh ku bayang hidupku tanpamu
aku menyayangimu sepenuh hatiku
tolonglah menerimaku seadanya sayangku.

No comments: