Tuesday, June 23, 2009

Empayar 22 Seratas Annual Gathering

Berlangsungnya di Teluk Batik pada 20 dan 21 Jun 2009 bersamaan hari Sabtu dan Ahad ternyata amatlah meriah dengan kehadiran ahli2 Empayar 22 Seratas seramai 20-30 org.Secara praktikalnya kedatangan ahli2 Empayar 22 Seratas pada last minit agak menyusahkan pihak pengurusan yang terlibat dalam menjayakan Majlis Reunion Empayar 22 Seratas yang diadakan buat julung kalinya.Terima kasih x terhingga diucapkan kepada Saudara Abdul Alif dan Saudara Danial Alif kerana telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini.Ada usaha pasti ada jaya.Semua ahli2 Empayar 22 Seratas yang hadir telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam bergotong-royong demi melicinkan perjalanan majlis yang besar maknanya bagi semua ahli Empayar 22 Seratas.


Ilun sedang memberi arahan kepada bala tenteranya.

tengah berbincang utk memasang khemah di tapak perkhemahan.

Sementara menuggu rakan2 yg lain tiba.Mereka telah memasang canopy yg telah dibawa oleh Saudara Abdul Alif dan mula membancuh air dan membuat persiapan di tapak perkhemahan.


Mak cik dewan makan yg diimport khas utk wat air.

Setelah sekian lama menunggu ketibaan Saudara Danial Alif akhirnya beliau telah sampai dengan membawa khemah utk penginapan kami semua tetapi bdk2 gurlz sumer tido dlm chalet.
Waktu itu matahari sudah hendak melabuhkan tirainya dan memberi peluang kepada bulan pula beraksi.Ketika itu aq,Fauzi,Mas,Ilun dan Uban pergi mencari kayu api sebagai sumber utk cahaya pada kegelapan malam nnt.Selepas itu barulah memasang khemah.


Khemah yg telah dipasang pada tapak perkhemahan.

Aktiviti kemuncak adalah pada malam itu dimana majlis makan2 diadakan.Makanan lazat2 yg dihidangkan adalah seperti piza dan bbq-ayam n udang.Aktiviti membakar ayam mmg menyeronokkan dgn alunan suara ombak yg merdu dan angin bayu laut yg sepoi2 bahasa melayu.

Jom makan piza.
P/S : sape ade nmpk tray piza nie.
Abdul Alip xjmpa kt rumah dye.
Sape yg angkat hari tu tlg kontek dye secepat mgkn.

Persiapan membakar arang.


Ahli jawatankuasa pembakar ayam.


Ahlijawatankuasa pembakar udang.

Gelojoh betul diorang nie.Haha.

Setelah tamat aktiviti makan2 pada malam itu semua ahli2 Empayar 22 Seratas berasa sgt penat dan tidur di dalam khemah masing2.Tetapi mereka tidak tidur kerana handak bermain Dota.Maka keluarlah rombongan pertama bermain Dota sambil rombongan kedua menjaga tapak perkhemahan utk keselamatan barang2 daripada dicuri.Kemudian rombongan kedua pula keluar dan diganti oleh rombongan pertama utk menjaga keamanan tapak perkhemahan.Mereka pergi melepak di Mc'D Manjung utk melaksanakan misi menjatuhkan Yahudi dgn me"refill"kan cawan mereka sebanyak yg mgkn.Akhirnya Are telah disindir oleh pekerja Mc'D itu dgn memberi satu jag penuh air coke utk di"refill".Pada keesokan paginya aktiviti mandi laut pula telah berlangsung.

Mr. Malaysia 2009.

Setelah tamat semua aktiviti di Teluk Batik maka kami semua pun bersiap utk balik.Maka semua khemah dikemas kembali.Selepas itu kami semua telah makan tengahari di rumah Saudara Abdul Alif.

Bergambar di hadapan rumah Abdul Alif.

Sejuta dan ribuan penghargaan diucapkan kepada Ibu dan Bapa Abdul Alif kerana telah bersusah payah dalam menyediakan segala persiapan bagi Majlis Reunion Empayar 22 Seratas ini.Terima kasaih juga kepada Saudara Danial Alif kerana telah menyediakan khemah utk penginapan kami semua.Terima kasih juga kepada semua kawan2 Empayar 22 Seratas yg telah hadir dan menjayakan Empayar 22 Seratas Annual Gathering.
Untuk gambar yg lebih banyak log on to

Thanx to All!!!

Seratas 22 admin

No comments: