Wednesday, January 13, 2010

Semester Baru

Di sebalik pergolakan isu yang bermain di media-media haluan kanan yang mencuba untuk meracuni logik akal fikiran manusia sejagat satu M supaya terpengaruh dan terpercaya kepada propaganda yang sering kali diulang dahulu,kini dan selamanya.Bermula dgn isu kehilangan enjin jet dan berjaya dikambus dengan isu penggunaan kalimah Allah sudah pasti merancakkan lagi corak permainan di atas padang di mana bola itu bulat.Pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti yang telah berlaku tanpa disedari siapa dalangnya."Ini bukan kes serius" bak kata pujangga Laksamana Bangang Lapok.

"Ah ape aku peduli benda nie semua,bukan ada kaitan dgn aku pon," kata mereka.Bagi mereka yang seusia dgn aq mgkn krg arif sedikit perihal keprihatinan kpd negara.

Merujuk perkara diatas,aq telah mendaftar untuk semester baru pada 11 Januari 2010 di mana keputusan peperiksaan akhir tidak begitu memihak kpd penat lelah,peluh resah,mengantuk pening serta pengorbanan yg dilakukan demi memperoleh seperti yang dikehendaki.Tiada erti putus asa atau putus harapan dgn dugaan sekecil kuman ini.Perlu ada sedikit pemindaan utk markah bg subjek yg dinilai m'gunakan kepakaran "Local".Jika pemindaan ini berjaya maka target yg telah ditetapkan telah mencapai objektifnya.

Tidak perlu risau atau gelisah kerana ada satu subjek pada semester ini yg plg menjadi kegemaran atau "favourite subject" bg aq kerana subjek itu telah aq blajar semasa di bangku sekolah dahulu.Terima kasih byk2 diucapkan kpd Sensei Ainul kerana telah berkorban suara,air liur dan perasaan marah utk memaki aq jika aq terbuat silap dan salah dan sehingga kini ilmu itu msh melekat di memori 512MB otakku.Hidup mesti diteruskan di institusi ini yg berbaki selama setaun utk aq menuntut di sini.Tahun depan "On job training" selama 6 bulan pastu abes la diplomasikal aq selama 3 taun lamanya.Ke mana selepas itu?inilah yang menjadi kerisauan dan kegelisahan sanubari.Insyallah peluang yg dtg perlu disapu secepat mgkn sebelum ia berlalu bak kata pemidato usahawan "Peluang hanya datang sekali sahaja.Samaada kita ambil peluang itu ataupun biarkan ia pergi untuk selamanya."

1 2 3 Do Re Mi,
Rasa lega dan puas hati,
Coretan telah berjaya di"convert" drpd otak m'gunakan software dan diterjemahkan m'gunakan hardware.

No comments: