Wednesday, May 6, 2009

"Untitled"

Kadang-kadang manusia ini mudah sangat untuk menyerah kalah dan putus asa.Sama seperti aq, mmg perkara ini tidak boleh disangkal lagi.Tapi mengapa perlu berputus asa??cuba kita bayangkan perintis kepada terciptanya sesuatu benda yang baru tidak pernah kenal erti putus asa.Kalo Alexander Graham Bell mempunyai perasaan putus asa sudah tentu pada masa kini istilah "telefon" tidak pernah kita dengar.Sepatutnya perkataan "putus asa" ini tidak perlu diwujudkan kerana sepatutnya sifat "putus asa" ini tidak perlu ada dalam diri manusia.Tidak kisahlah dalam ape jenis pekerjaan mahupun perbuatan pun putus asa tidak perlu diamalkan kerana sifat putus asa inilah yang akan menjatuhkan sesorang individu yang sudah pasti tidak akan merasakan nikmat berusaha dengan bersungguh-sungguh dan beroleh kejayaan.Tapi di dalam konteks kehidupan seharian aq putus asa inilah yang melemahkan semangat aq untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh.Belajar merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan manusia.Tetapi belajar juga memerlukan usaha yang tidak kenal erti putus asa.Belajar dengan mempunyai banyak halangan umpama berus yang akan mencorakkan kejayaan yang plg indah.Tanpa cabaran dan dugaan sesuatu usaha itu pasti akan menjadi lebih mudah dan kejayaan yang dikecapi tidaklah begitu indah sepertimana yang diharapkan.Tetapi cabaran dan dugaan kadang-kala mendorong kepada perasaan untuk berputus-asa.Sebagai seorang manusia biasa sudah pasti aq tidak tahan dengan cabaran dan dugaan yang begitu menduga diriku yg lemah ini.Setelah mendpat nasihat daripada beberapa orang rakan dan sahabat yang prihatin kini jiwaku semakin tenang untuk menghadapi cabaran dan dugaan ini.Selepas menulis post ini pun hatiku berasa lebih tenang kerana dapat berkongsi dengan pembaca blog ini.Harapan aq adalah dapat menempuh dugaan dan cabaran ini dengan jayanya.Doakan kejayaan ku!!!

No comments: