Friday, April 3, 2009

Kesedaran

Kesedaran amat penting dalam kehidupan manusia.Ianya tidak boleh dipisahkan dengan lumrah manusia bagai besi yang telah di"welding".Tanpa kesedaran manusia akan menjadi alpa dan leka melayari keenakan dan keindahan kehidupan dunia yang mengkaburi mata kasar manusia.Hidup di dunia ini bukannya kekal selamanya sebaliknya sementara n contemporary je.Masa merupakan anugerah tuhan yang paling berharga dan sangat penting dalam selok-belok kehidupan seorang manusia.Tanpa masa sudah pasti dunia akan menjadi haru-biru,kacau-bilau,porak-peranda,caca-merba dan gundah-gulana.Mengapa kesedaran itu penting??kerana hanya manusia yang mempunyai kesedaran yang pasti akan berjaya di muka bumi ini.Remaja kini yang tidak mempunyai kesedaran melakukan kegiatan yang tidak berfaedah dan tiada manfaat seperti melepak,merempit dan sebagainya.Bukan dikalangan remaja sahaja aspek kesedaran ini tidak dihiraukan malah bagi seorang yang berjaya kononnya seorang pemimpin besar negara sendiri pun tidak mempunyai kesedaran.Menberi rasuah dan menerima rasuah sudah menjadi darah daging dalam diri mereka.Seolah perkara itu tidak ada siapa yang tahu.Sungguh rendah tahap pemikiran seorang pemimpin yang dikagumi dan diwar-warkan sebagai pemimpin yang hebat.Sebenarnya semua orang tidak mempunyai kesedaran.Setelah situasi seperti pepatah "sudah terhantuk baru nak terngadah" berlaku barulah kesedaran itu datang.Selepas  program motivasi ataupun summer camp kesedaran itu datang hanya dalam sehari dua atau seminggu.Selepas itu setelah terpedaya dengan dunia sementara,kesedaran itu hilang serta-merta.Kesedaran ini hanya akan lahir daripada otak yang mempunyai neuron yang berfungsi dengan prestasi yang tinggi.Bukan hanya enjin kereta sahaja yang boleh berfungsi dangan prestasi tinggi sama seperti iklan minyak pelincir di media yang meracuni fikiran rakyat tu.Otak pun memainkan perana penting dalam memupuk semangat kesedaran.Dengan adanya otak sudah pasti setiap tindakan yang dilakukan difikir dengan sehabis baik untuk menerima akibat dan rasionalnya.Bagi mereka yang belum mempunyai kesedaran ini,fikir-fikirkanlah selama mana anda mahu hidup dalam dunia ini??kerana dunia ini sementara,maka berbuatlah amal ibadat supaya hidup lebih diberkati dan mendapat kesedaran dan hidayah Allah S.W.T

Sekian,
..............................
LoCoSaN Write"s

*Segala yang baik daripada tinta pena saya di atas jadikanlah pengajaran dan segala yang tidak baik jadikanlah sempadan.

No comments: