Sunday, April 26, 2009

Kenanganku..



Sepanjang aq bersekolah di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah banyak kenanganku bersama pasukan dikir barat Seratas.Sepanjang 5 tahun(2003-2007) kat saner 4 tahun aq dlm team dikir barat Seratas.Pahit manis dan suka duka pengalaman yang aq dapat amatlah berharga sekali dalam arena muzik tradisional warisan melayu ini.Bermula drpd form 2 sebagai awak-awak depan,kemudian form 3 sebagai awak-awak belakang dan form 4 n 5 sebagai pemain rebana ibu.Setiap tahun pasti bersilih ganti dan aq telah melalui 4 zaman bersama pendikir2 Seratas yang berpengalaman.Tyme form aq bersama dengan Tukang Karut Terbaik Negeri Perak 2003,Saudara Jaffa Rizal Izha Bin Jamaludin dan beberapa pendikir yang berpengalaman ketika itu yang mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan.Tapi semua nyer bermula dari pencapaian paling cemerlang ketika tahun 2000 iaitu ketika mula sekali pendikir2 Seratas berjaya ke peringkat kebangsaan.Dikir Barat Seratas telah banyak kali menjuarai pertandingan di peringkat daerah LMS sebanyak 7 kali semenjak tahun 2000 dan naib juara daerah pada tahun 2005 dan 2008.Baru2 ini Seratas berjaya merampas gelaran johan daerah untuk tahun 2009 dan akan bertanding di tempat sendiri pada peringkat negeri sama seperti tahun 2000 dahulu.Semoga tahun ini pasukan dikir barat Seratas berjaya mengulangi kegemilangan Dikir Seratas pada tahun 2000 dahulu.Di bawah disajikan sedikit gambar2 kenangan pasukan dikir barat Seratas mengikut tahun.


Dikir Seratas 2003 Johan LMS dan Negeri Perak.
Tukang Karut Terbaik LMS dan PERAK - Jaffa Rizal Izha
Tok Juara Terbaik LMS dan PERAK - Anas Najmi


Persembahan Dikir Seratas 2006
di Peringkat Negeri Perak

Dikir Seratas 2007 Johan LMS


Persembahan Dikir Seratas 2007 di Peringkat Daerah

Dikir Barat Seratas 2006 Johan LMS
Tok Juara Terbaik - Picoi

Dikir Barat Seratas 2005 Naib Johan LMS
Persembahan Di Peringkat Daerah

Dikir Seratas 2004 Johan LMS dan Ketiga Negeri Perak
Tukang Karut Terbaik LMS - Jaffa Rizal Izha

Pendikir Lagenda Dikir Seratas 2000

No comments: