Saturday, April 18, 2009

Kemenangan Mutlak!!!

Bertemu kembali di post terkini locosan write's.Nama Seratas berjaya dimartabatkan kembali sebagai johan dikir barat Karnival Seni PPDa peringkat daerah LMS 2009 setelah kalah dgn SMK King Edward taun lepas.Pasukan dikir barat Seratas berjaya menggondol gelaran Tok Juara terbaik dan menewaskan musuh tradisi SEK MEN TEKNIK TAIPING.Tahniah kpd junior2 ku yg telah bertungkus-lumus dgn sepenuh semangat yang membuahkan hasil yang membanggakan.Walaupun mempunyai masa yang agak singkat untuk berlatih kerana peringkat daerah pada tahun ini diawalkan sedikit ternyata terbukti bahawa formula tidak kenal erti putus asa dan semangat juang yang tinggi serta minat yang amat mendalam telah menjadikan pasukan dikir barat Seratas sebagai johan daerah LMS.Tetapi ini merupakan titik permulaan bagi mereka untuk terus maju dan seterusnya mengharumkan nama Seratas di peringkat kebangsaan pula.Di samping acara dikir barat,acara E-PPDa juga menampilkan Seratas sebagai juara mutlak dengan mempertahankan gelaran johan LMS pada tahun lepas yang juga berjaya merangkul tempat kedua di peringkat kebangsaan.Cukup dengan dua acara Seratas merangkul johan dan menjadikan Seratas sebagai johan keseluruhan bagi Karnival Seni PPDa peringkat daerah LMS yang memberi Seratas sebuah piala pusingan yang sudah byk kali bersemi di bumi Seratas.Tahniah kpd mereka yg menang dan mereka yang tiada rezeki seperti peserta nasyid,sajak dan melukis poster.Perjuangan belum selesai tahun depan masih ada lagi.TAHNIAH!!!!!

No comments: